Blog EntryPERAWATMay 13, '08 10:46 AM
for everyone

PERAWAT

 

Pernah aku ceritakan kepada teman sekerja aku yang baru sahaja mendaftar sebagai pegawai perubatan, atau house officer atau H/O (atau dalam bahasa lain kuli?) tentang hari hari gentir yang bakal dia lalui.Bukan nak bagi dia cuak, tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman supaya tidaklah dia tersentak dengan budaya yang bakal menjadi penghias hidup seorang doctor.

 

Hari kerja aku paling teruk, nak tahu macam mana?

 

Masuk kerja pukul 700 am, waktu tengah hari sempat berhenti solat sahaja, lunch pun tak sempat.Pukul 5 pm dah habis office hour, tetapi disebabkan aku oncal pada hari tu, maka aku akan bekerja sehingga 800 am pagi esok, dan ditambah pula dengan office hour hari esok.So paling awal aku dapat balik pada pukul 5 pm esok.Malam tu mungkin malam oncall paling sibuk pernah aku lalui, bersusun susun patients masuk ke ward dengan diagnosa yang pelbagai. Hinggakan staffnurse terpaksa membuka katil kanvas tambahan disetiap kubikel.Wad yang boleh menampung 30 lebih pesakit, tetapi pada malam tu sahaja ade 10 admission masa aku oncall.40 lebih patient.

 

Nasib baik hari tu aku oncall bersama M/O yang "cool".Kak Ina student master.Kalau tak silap aku ada 3 case dia tolong "clerk"kan.Complete dari history sampai kepada complete management.Dia kata kat aku "Saya kesian tengok awak kesana kemari dari tadi tak henti, ade case2 yang saya dah tengok tu, awak tak perlu clerk dah,tolong ambil blood je, tak sempat tu banyak lagi kerja lain"

 

Bukan senang nak dapat M/O yang cool macam kak ina(moral :jadilah M/O yang cool supaya orang bawahan aku nanti takde lah tertekan sangat)

 

CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU.

 

Dah pukul 5am.Ada pulak seorang pesakit baru masuk…

Allahu akbar Allahu Akbar…

 

 

Sayup suara azan…

Dah subuh? Aku cuba memastikan.Melihat kembali jam ditangan.Cepat sungguh masa berlalu.

 

Berlalu aku ke bilik oncall, setelah solat subuh kurebahkan badan untuk merasai nikmat rehat walau pun untuk beberapa minit cuma.Jam sudah menunjukkan pukul 7, terpaksa aku bersiap sedia untuk memulakan kerja routine seharian aku.Ah tak samapi sejam tidur malam tadi.Rekod terbaru aku.Tak pe, balik petang nanti aku tidur puas2.

 

Ku sangka mendung sampai habis office hour, rupanya hujan sampai kemalam hari.

 

Itu hari post-call aku.Namun dek kerana kerja bertimbun yang tak sempat aku siapkan, maka semua procedure yang perlu aku lakukan hari tu terpaksa aku settlekan selepas semua urusan lain selesai.Ada tiga PD (peritoneal dialysis) yang perlu aku buat, namun x sempat.Nampak gaya terpaksa aku balik lewat hari ini.Kakak staffnurse sudah sibuk bertanya, doctor bila nak buat PD ni, ada tiga orang ni doc…Emm, macam lah tak nampak aku ni tak berhenti2 lagi bekerja.Nak settle kan urusan discharge tu pun dah mengambil masa.Lepas maghrib la  buat.

 

Aku berhenti sekejap untuk solat maghrib, lepas tu aku terus ke ward untuk menyambung kerja.

 

Waa

Waa

Ini dah macam orang oncall ni.Padahal aku ni postcall

Hati aku semakin memberontak.Wei manusia, kau ni dah terlebih limit.Nak saja aku blah balik kerumah meninggalkan kerja yang tak sudah.Setan setan mula timbul.

 

Tengah aku prepare nak buat PD tu, tetiba ada staffnurse datang kat aku."Doktor ni result dari makcik katil E27 tu, tinggi potassium dia ni doc."

"Brapa?"

6.3

 

Aku pergi tengok makcik tu, stabil je nampak."Kak, iv cocktail stat!"

"Makcik tu xda iv branula/canula/hep block la doctor,difficult iv line." Balas kakak stuffnurse

 

Alamak.terpaksa aku attend makcik tu dulu.Kang tak pasal2 collapse sebab hyper K+ .Belek punya belek, almaklumlah makcik tu patient end stage renal failure, semua vena2 dah mengecil, satu pun tak nampak.Hampir sejam aku mencari2, mencuba2 tempat yang possible untuk aku masukkan branula tapi x berjumpa.X tahu kenapa…

 

Urat darah yang memang tak ada…

Ke aku yang dah tak betul.Otak dah mula pusing2.

 

Lastly, sekali aku surrender.Aku capai phone.Menelefon kawan aku yang oncall pada malam tu untuk datang membantu.Bukan aku tak nak teruskan "perjuangan", namun dek kerna dah pukul 9 lebih, ada 3 lagi PD nak dibuat, tambah pulak aku ni post-call…Banyak sungguh factor penyumbang…untuk aku mencari back-up.Huh.A very long day…

 

Dah hampir pukul 11 malam. m@t@ aku dah berpinar2.Ah, siap juga urusan kerja hari ni.Kakak stafnurse dah risau melihat keadaan aku.Muka sepuluh sen gamaknye aku waktu tu."Balik2 la doctor!" Ujar die kesian.

 

Kawan aku yg oncall tadi masih lagi tengah mencuba untuk men"set" iv line kat makcik hyper K+ tu.Ku tepuk bahu dia, meminta izin untuk balik.rasa bersalah pula meninggal dia sebegitu.

 

"Kau tolong settlekan makcik ni ye.kalau x dapat juga kau masuk femoral je lah.Ext jug pon takde tu.aku post call ni, dah nak kul 11.nak balik dah".

 

"beres,no hal". ujar beliau.

 

Tepat pukul 11, aku dah terlentang atas katil dalam oncall room,dah tak larat nak balik kerumah.tak nak aku bazirkan masa perjalanan yang setengah jam itu.Baik aku tido.SMS delivered."malam ni x balik, tido spital, x larat nak balik".Mesej untuk mak aku.

 

Baru je terlelap…tut tut tut .Bunyi alarm handset.Dah 630 am dah.Cemburu betul masa ni.Terpaksa aku menggagahkan diri, bersiap sedia untuk bekerja pada hari itu pulak…

Rasa macam ade sesuatu je.

Alamak, malam ni oncall lagi!!!

 

3 hari aku tidur di hospital.Nasib baik lah dalam kereta aku tu penuh dengan stock2 baju.Macam almari pulak.

 

Bila ditanya tak letih ke?

Jawapan aku, entah, xda peluang  nak memikirkan tentang letih.asyik sibuk je.Otak pun tak leh nak berfikir….

---- ----

Itulah serba sedikit cerita seram tentang kehidupan junior doctor / H/O di Malaysia.

 

AKU BUKAN MESIN ATAU ROBOT

Banyak persoalannya…

 

MASIH RAMAI LAGI GOLONGAN YANG MENDEDIKASIKAN MASA HIDUPNYA UNTUK TANGGUNGJAWAB YANG PELBAGAI.

 

Bersambung …[entry ni masih panjang, ini hanyalah permulaan]


Comment deleted at the request of the author.
kainburukberbauwangi wrote on Jun 23
aaa..mest che mie dh koho kuruh ni. hehe..
cool n steady che mie btw. dh x lama dh nk naik pgkat lgpon. hehe..
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.