MAAFKAN AKU PAKCIK Yaso, MAAFKAN ANAK-ANAKMU.
Sudah seminggu lebih pakcik Yaso terlantar didalam wad.hampir 2 minggu bed bound.tak dapat berjalan, bahkan hendak bergerak pun masih sukar kerana lutut kirinya yang membengkak akibat jangkitan kuman.Left knee septic arthritis.
Dah 7 kali knee aspiration and irrigation done under local anesthesia sementara menunggu keadaan pakcik Yaso optimized for operation dek kerna mengandungi garam urea yang tinggi di dalam badan.Dia di-tranfer masuk ke ward medical untuk menjalani prosedur PD, peritoneal dialysis bagi menurunkan kandungan urea dalam darahnya dek kerna buah pinggang tidak lagi mampu untuk beroperasi secara normal.
Kental betul pakcik ni.aku sahaja dah 4-5 kali buat knee aspiration kat pakcik.cucuk jarum kedalam sendi lutut pakcik untuk mengeluarkan segala sel-kotor,nanah dah kuman dari sendi lutut.
Dia masih tersenyum walau dah berpuluh jarum mencucuk badan.Nasib baik tiada alat pengukur kesabaran, jika ada maka boleh lah kita buat charting setiap hari.melihat level kesabaran yang ada pada setiap pesakit.mungkin itulah ujian sabar yang terlalu relative.Moga upah pahala berganda dengan sabar kerana ujian sakitnya.
Hari ni pakcik amat letih.aku pun dah tak dilayan sangat bercakap.hanya makcik menjadi peneman setia.tidak pernah berganjak.
"Pakcik saya nak cucuk jarum sikit kat lutut kiri pakcik ni, kita nak "basuh" dengan air dulu baru nanah2 tu keluar", ujar aku ketika mengambil consent dari pakcik.
"Ikut yang terbaik bagi doktorlah, asalkan tidak sakit", ujar belaiu lemah, namun masih tersenyum.
…….
"Pakcik nanti doctor dari perubatan kena tebuk skit perut pakcik ni, nanti diorang letak wayar untuk nak cuci garam yang ada didalam darah pakcik, sekarang dah tinggi sangat, 37 dah.kalau pakcik nak masuk pembedahan untuk membuka sendiri lutu pakcik tu kena paling kurang 15 baru doctor bius terima nak buat".panjang lebar lagi aku terangkan.
"Ikut yang terbaik bagi doktorlah, asalkan tidak sakit", ujar belaiu lemah, namun masih tersenyum.Entah faham entah tidak.
…….
"Pakcik kalau esok kita tengok garam racun dalam badan pakcik tu "comel", kita boleh buat pembedahan la pakcik ye.nanti doctor bius akan bagi pakcik bius, insyaAllah tak sakit."
"Ikut yang terbaik bagi doktorlah, asalkan tidak sakit", ujar belaiu lemah, namun masih tersenyum.Masih sama
Dah hitam ibu jari kanan pakcik Yaso.semua nya kerana cop jari bagi kebenaran.kebenaran buat knee aspiration, buat PD, nak buat operation…Macam macam.
…….
"Doktor boleh ke doctor tolong tulis surat kepada kabajikan, sebab pakcik dan makcik ni perlukan bantuan kewangan.Dua dua tak bekerja.", Tanya makcik , isteri setia tercinta pakcik Yaso.dari hari pertama, duduk di kerusi menemani pakcik Yaso.Tenang, jelas riak muka orang tua yang sudah banyak makan garam.Sejuta pengalaman.
"Nak Tanya, makcik takda anak ke?", Tanya aku kembali.bukan berniat menyinggung hatinya.
"ada anak 2-3 orang pun tak guna.tak dapat minta tolong.kalau makcik minta nanti diorang jawab, duit diorang nak digunakan untuk menyara anak2 diorang.tolong kami ya doctor.".Penuh harapan.
…..
Aduh aku sakit.tersentak jantung aku.terdiam aku seketika.Sakit hati aku.entah kenapa.
Semoga Allah membalas kesabaran yang ditahan oleh pakcik Yaso dan makcik Yaso.Semoga sakitnya sembuh.
Tak tahu siapa yang sakit sebenarnya.Pakcik Yaso atau anak anaknya.Atau aku.Maafkan aku kerana tidak dapat merawat "sakit" mu pakcik.
Sekeping surat aku tuliskan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat…Yang aku tak tahu apa akan jadi akhirnya.
Allah sahaja yang mempermudahkan urusan kita.Yang menghilangkan SAKIT kita.
AzZahabi,
Orthopaedic Department,
HRPZ II
30/4/08