Blog EntryYANG BETUL TAK SEMESTINYA SESUAIMar 21, '08 7:54 AM
for everyone

YANG BETUL TAK SEMESTINYA SESUAI

 

Banyak kali aku ambil peluang untuk berfikir bila terlihat tiga lampu yang berwarna itu.

Merah

Kuning

Hijau

(biru tiada ke?)

 

Lampu isyarat.

 

Alhamdulillah semenjak beberapa bulan lepas, lampu isyarat banyak memberi tazkirah kepada aku.Dek kerana beberapa saat itu jikalau kita gunakan untuk berfikir benda yang baik insyaAllah akan memberi manfaat kepada kita.

 

Sudah maklum, bila lampu merah menyala semua manusia berakal didunia ini akan berhenti di lampu isyarat.kuning pula tanda bersedia untuk peralihan.Hijau saja, kita sudah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan kita.jika lambat bergerak selepas lampu hijau, jawabnya panas lah telinga mendengar tempikan garang hon dari kereta belakang.

 

Namun ingat, hijau tidak semestinya kita kena bergerak! Walaupun pada mata kasar tindakan kita itu betul nak menepati undang2.Perbuatan kita betul tapi mungkin tidak sesuai pada masanya…

 

Nampak saja lampu hijau, terus kita tekan pedal minyak tanpa mengira yg datang dari kiri atau kanan.bayangkan jika kita terus memecut tanpa mengira apa yang mendatangi kita, silap hari bulan habis dirempuh, jatuh tergolek kita dibuatnya.Kenapa ini terjadi? Kerana jangan ingat semua orang mengikut peraturan.kita yang mengikut peraturan mungkin berbahaya kerana gara gara mereka yang tidak mengikut peraturan.

 

AzZahabi

Februari 2008

HRPZ II

 

 


tuanmastura wrote on Mar 23
HEHE...ye la
Comment deleted at the request of the author.
cahayailahi wrote on Apr 16
the right things are not necessarily necessary

tringat kenangan dengan traffic light. Syukron bro, and terima kasih atas do'a, barakallahufeek
waruza wrote on Apr 16
namun pengajaran cerita trafik ni bukan berhenti disini saja.Sengaja penulis hentikan kisahnya.

Jika kita mula bergerak sebaik sahaja melihat lampu hijau dan sekiranya kita tidak bernasib baik ,kita akan dilanggar atau sebagainya.Maka mengikut hukum dunia, yang bersalah bukan lagi diri kita kerana kita bertindak mengikut undang2 yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan kehidupan.kita bergerak mengikut "kehijauan" dan kadang2 ada bencana atau masalah yang menimpa diri kita dek kerana orang sebelah sana yang tidak tahu hukum had, yang tidak tahu larangan "merah" itu berhenti, supaya tidak di murkai tuhan.

Walau kita berada dijalan yang benar, kita akan sentiasa di uji dengan ujian yang tidak diduga.Tetapi dengan keyakinan bahawa kita berada di jalan yang benar, insyaAllah di Mahkamah Agung nanti kita akan terselamat dari segala perbicaraan.

Selamatkan diri kami Ya Allah
[April 2008]
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.