YANG BETUL TAK SEMESTINYA SESUAI
Banyak kali aku ambil peluang untuk berfikir bila terlihat tiga lampu yang berwarna itu.
Merah
Kuning
Hijau
(biru tiada ke?)
Lampu isyarat.
Alhamdulillah semenjak beberapa bulan lepas, lampu isyarat banyak memberi tazkirah kepada aku.Dek kerana beberapa saat itu jikalau kita gunakan untuk berfikir benda yang baik insyaAllah akan memberi manfaat kepada kita.
Sudah maklum, bila lampu merah menyala semua manusia berakal didunia ini akan berhenti di lampu isyarat.kuning pula tanda bersedia untuk peralihan.Hijau saja, kita sudah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan kita.jika lambat bergerak selepas lampu hijau, jawabnya panas lah telinga mendengar tempikan garang hon dari kereta belakang.
Namun ingat, hijau tidak semestinya kita kena bergerak! Walaupun pada mata kasar tindakan kita itu betul nak menepati undang2.Perbuatan kita betul tapi mungkin tidak sesuai pada masanya…
Nampak saja lampu hijau, terus kita tekan pedal minyak tanpa mengira yg datang dari kiri atau kanan.bayangkan jika kita terus memecut tanpa mengira apa yang mendatangi kita, silap hari bulan habis dirempuh, jatuh tergolek kita dibuatnya.Kenapa ini terjadi? Kerana jangan ingat semua orang mengikut peraturan.kita yang mengikut peraturan mungkin berbahaya kerana gara gara mereka yang tidak mengikut peraturan.
AzZahabi
Februari 2008
HRPZ II