Pernahkah anda rasa tertekan sehingga terpaksa berkurung
mengisolasikan diri dari masyarakat? Anda bermuram durja kerna masalah
kehidupan yang tak henti menghentam diri sehingga anda mengambil keputusan
untuk tidak bercakap dengan orang lain? Tidak mengendahkan nasihat dan pujukan
mereka yang cuba
menolong kita…
HADITH
LARANGAN SENYAP SEPANJANG HARI
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى
بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَدِينِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ خَالِدِ بْنِ سَعِيدِ
بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعِيدِ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ
بْنِ رُقَيْشٍ أَنَّهُ سَمِعَ شُيُوخًا مِنْ بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ وَمِنْ خَالِهِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَحْمَدَ قَالَ قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ حَفِظْتُ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُتْمَ بَعْدَ احْتِلَامٍ وَلَا صُمَاتَ يَوْمٍ
إِلَى اللَّيْلِ
Daripada
Ali Bin Abi Talib, aku menghafaz daripada Rasulullah : "tidak lagi
dikira yatim selepas mimpi(baligh), dan tidak boleh senyap(tidak bercakap)
sepanjang hari".
[Hadith 2873 Abu Daud, Sahih disisi Syeikh
Albani]
حَدَّثَنَا
أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ بَيَانٍ أَبِي بِشْرٍ عَنْ
قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ قَالَ دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ عَلَى امْرَأَةٍ مِنْ
أَحْمَسَ يُقَالُ لَهَا زَيْنَبُ فَرَآهَا لَا تَكَلَّمُ فَقَالَ مَا لَهَا لَا
تَكَلَّمُ قَالُوا حَجَّتْ مُصْمِتَةً قَالَ لَهَا تَكَلَّمِي فَإِنَّ هَذَا لَا
يَحِلُّ هَذَا مِنْ عَمَلِ الْجَاهِلِيَّةِ فَتَكَلَّمَتْ...
Abu
Bakar masuk berjumpa seorang perempuan dari golongan Ahmas yang di panggil
Zainab.Abu Bakar mendapati perempuan tersebut tidak mahu bercakap maka dia
bertanya "kenapa dia tidak bercakap?", maka mereka menjawab "
dia mahu melakukan haji tanpa bercakap".Maka Abu Bakar berkata kepada
perempuan tersebut, " bercakaplah , sesungguhnya ini(diam tanpa
bersuara) tidak halal dan ianya tergolong dalam perbuatan jahiliyah",
maka perempuan tersebut pun mula bercakap…
[Hadith
3622 Bukhari]
...