Kisah
yang dipetik berkaitan dengan kejuhudan dalam jalan meriwayatkan hadith :
Dari
Abdur Rahman Bin Abi Hatim, daripada Ayahnya Muhammad bin Idris bin Munzir
alHanzoli,imam muhaddith pada zaman tersebut,dia berkata:
aku mendengar ayahku
berkata " kali pertama aku keluar untuk menuntut hadith telah aku lakukan
selama 7 tahun, aku telah mengira perjalanan dengan kakiku lebih daripada
seribu farsakh, bila ia mencecah seribu,aku tidak lagi mengira dan aku
biarkannya, dan sesungguhnya tidaklah aku berjalan melainkan daripada
kufah ke Baghdad sehingga aku tidak tahu berapa kali aku berulang alik, dan
dari mekah ke madinah berulang2 kali yg banyak, juga aku telah drpd Bahrain ke
Madinah Sala, hingga ke Mesir berjalan kaki, dari Mesir ke Arramlah berjalan
kaki, dari Arramlah ke Baitul Maqdis, dan juga dari Arramlah ke Asqolan, juga
ke Tobariyah, dan dari Tobariyah ke Damsyiq / Damascus, dari Damsyiq ke
Hums(Syria), dan dari Hums ke Antakiyah(selatan Turki) dan dari Antakiyah ke
Tortus.
Kemudian
aku kembali dari tortus ke Hums, ttp masih terdapat tinggalan dari hadith abi
salman dan aku telah mendengarnya, maka aku pergi dari Hums ke Biisan,dari
Biisan ke Arroqqah,dari Arroqah aku menyusuri sungai Furat ke Kufah,semua itu
aku lalui dengan berjalan kaki,ini dalah perjalanan pertama ku, dan pada waktu
itu aku hanyalah anak kecil berusia 20 tahun,aku telah menjelajah selama 7
tahun.Semasa aku keluar dari Arroy,waktu itu adalah tahun 213…pada bulan
ramadhan,semasa aku kembali ialah pada tahun 221"…dipetik dari Taqdimah
AlJarh wa Ta'dil.
sumber rujukan [muqaddimah kitab AlWadoo' fi hadith
Annabawi oleh Assyeikh, Ustaz Duktur Umar Sulaiman Abdullah al-Asqoor]
*cuba buka google earth, tengok macam mana susur perjalanan Ahli hadith, memang rasa kagum pada keikhlasan mereka.
