Blog EntryKITA TAK PERNAH PERASAN…Feb 9, '07 3:51 PM
for everyone

KITA TAK PERNAH PERASAN


وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

"dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

[AzZaariyat 21]

KISAH 1

Jeman adalah antara kawan baik aku semasa di sekolah rendah.Mungkin kami hanya menjadi agak akrab semasa aktiviti luar kelas kerana dia bukan berada dalam satu kelas denganku.Aku di kelas A dan dia pula di kelas C.Malahan dia adalah tergolong dalam senarai pelajar yang terpaksa mengikuti kelas "special" kerana dia agak "slow" dalam akademiknya.

Pernah sekali kami bercampur kelas kerana kekurangan guru.Fenomena ini adalah dianggap biasa bagi sekolah² kampung macam aku.masa itu aku duduk di tepinya, agak kebelakang sedikit.

Rupanya baru aku tahu, kenapa Jeman berada di kelas C.bukan kata hendak menulis karangan, jika disuruh menulis perkataan pun tak semua dapat ditulisnya.menulis Nama sendiri pun mengambil masa yang lama.Tulisan cakar ayam tak perlu dikira.

…Prihatin dengan kawan sendiri yang sebegitu, pelbagai cara aku buat sepanjang minggu percampuran kelas itu.Aku ajak beberapa lagi kawan yang satu "level" dengan Jeman untuk duduk bersama menolong mereka.Mungkin kerana jawatan aku pada masa itu sebagai ketua pengawas sekolah menyebabkan mereka dengar dan akur dengan aku.Mungkin kerana jauh disudut hati mereka ingin belajar tetapi tiada keupayaan…

Kisah 1 berlalu dari tahun 1995 …

PERNAH TAK KAMU JELOUS DENGAN KEHIDUPAN ORANG LAIN?

Melihat mereka²- anak orang kaya yang tinggal dirumah2 besar.lengkap dengan set tv cd dan game-nya.baju dan kasut raya berkilat cantik.alat permainan canggih manggih umpama nobita cemburukan si Sinyu(macam ni ke eja).

ATAU KEHIDUPAN KAMU ITU DI CEMBURUI ORANG LAIN?

Mungkin kita tak pernah perasan…

TAK PERNAH PERASAN INTELLIGENCE QUOTIENT KAMU?

Kita bukan saja boleh melanjutkan pelajaran ke universiti.Malah ada sesetengah dari kita yang melanjutkan pengajian ke luar Negara.mendapat biasiswa dan pinjaman.

Jika ada 1000 pelajar di Malaysia,

Berapa peratus dibiayai belajar ke oversea? 5%? 1 %...0.1 %

Kita pula adalah salah satu daripada digit² terpilih tersebut

Jika Ada 1000 pelajar Malaysia,

Berapa peratus yang tidak boleh membaca? Yang tidak mempunyai kekuatan aqal yang kuat untuk terus maju dalam bidang akademik…

1% ?...mungkin Jeman adalah salah satu dari digit tersebut…

KITA TAK PERASAN

Mungkin kita tak perasan digit digit tersebut…

Kita hanya hidup dengan aturan / by default…habis sekolah rendah, dengan berbekalkan UPSR terus melompat kesekolah.ada yang gembira ke sekolah berasrama penuh, ada yg bergembira ke sekolah2 MRSM, ada yang terus kekal menetap di tempat yang sama.Ada juga yang tidak kesekolah menengah kerana tidak minat, tidak mampu, tidak upaya…PMR dilepasi, SPM diduduki…ada pula sebahagian yang bertuah dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti.ada juga yang terus bekerja kerana gagal untuk terus belajar…

DI SINI AKU

BELAJAR…

  • ENGINEERING?
  • SYARIAH?
  • BAHASA?
  • PERUBATAN?
  • IT?
  • AKAUN?
  • Lain²?

Nikmat aqal yang Allah berikan itu sungguh besar…Alangkah besarnya…kerana bukan semua dapat memilikinya.Jika hendak dibandingkan jauh dengan mereka mereka yg dilahirkan dengan aqal / IQ yang rendah umpama down syndrome dan sebagainya, memang tidak dapat dibandingkan…


OTAK BIJAK ITU...kemana agaknya?

IQ dah ada.Memang terbukti.Cuma hendak diguna untuk apa…

Untuk diri sendiri?

Untuk Agama…

Wallahua'alam…


واتقون يا أولي الألباب

"dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya."

[albaqarah 197]

…JIKA KAMU PERASAN…


Kita belajar tinggi menggunung…

Kita belajar jauh merentas lautan…

Rasa rasanya tergolong ke dalam golongan ini? :

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. [Mujadalah 11]


إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [Fatir 28]

Sudah banyak kali benar ayat ayat diatas Ditulis.Dibaca.Diulang.Dihafal.

KAMU SUDAH BORING?

Asyik ayat yang sama.Umpama bila diminta beri tazkirah, tajuk paling popular adalah niat.hadith innamal a'malu binniyat.Tak lupa tazkirah surah al-'asr.Demi Masa. Niat. Masa. Ilmu. Nikmat. Syukur. Sabar dan lain².Itu semua tajuk2 biasa yang kita dengar.Seolah² mungkin sampai ada yang berkata, tiada tajuk lain ke?.kenapa asyik berputar pada tajuk yang sama? Kerana pada kualitinya, kita memang kekurangan elemen elemen tersebut.Masalah masa tak pernah dapat dikawal.selalu lambat.selalu tidak tepat.Selalu buang masa.Masalah niat, selalu berubah, kearah yang macam macam kerana banyak pendorongnya.

Masalah kita berputar pada putaran yang sama.Maka penyelesaian juga jika berputar pada putaran yang sama akan menyebabkan kegagalan untuk menguasai masalah tersebut.kerana penyelesaian tidak boleh mengikut masalah, penyelesaian hendaklah bergerak mengatasi masalah.Jika asyik mengikut masalah takkan sudah endingnya.

Masih tidak perasan...

Ilmu Apa?.

Hendaklah kita memilih ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah.Dari seawal priority ilmu fardu ain tentang agama sehinggalah kepada cabang2 ilmu lain.Yang ditakutkan, kekuatan minda dan IQ yang tinggi tadi digunakan semaksima mungkin untuk menuntut ilmu dunia, tetapi terlupa untuk mengisinya dengan ilmu akhirat.


Setelah memiliki ilmu jangan lupa amalnya.

Akhir kata, Imam As-Syafie berkata :

"العلم ما نفع ليس ما حفظ"

Ilmu adalah apa yang dimanfaatkan bukan apa yang dihafal""

[Mawa'iz Imam Syafie Oleh Soleh Ahmad As-Syami]


Tengoklah pada diri kamu dulu.Tidak perlu jauh mencari.kerana masih banyak tentang diri masih tidak kita perasan.

JANGAN LUPA, ILMU TIDAK DATANG KEPADA KITA, KITA YANG PERLU PERGI MENCARINYA! Harapnya kita perasan…

Jangan lupa kita bukan Jeman, Jeman mungkin tidak dapat membaca tulisan ini kerana buta hurufnya.Malahan jika dibacakan padanya pun mungkin susah baginya untuk memahami kewajipan menuntut ilmu.Kita bukan Jeman...Kita adalah hamba yang diberi anugerah aqal yang begitu berharga...

AzZahabi
090207

...<>...<>...<>....................................................................................<>...<>...<>...........

Sambungan 2

 

 

Tahun 2050 di kampung yang sama

 Jeman berjalan pulang dari kebun.Penat menebas membersihkan kebunnya itu masih ternampak di riak muka tuanya.Sudah berpuluh tahun kebun tinggalan ayahnya itu diusahakan.Kebetulan hari itu dia lalu didepan rumah seorang kawannya yang boleh dikategorikan sebagai orang yang berjaya.Belajar di luar negeri dan pulang bekerja sebagai seorang professional.Lihat saja rumahnya itu.Itulah Aku[watak diatas].

 Melihat Aku yang sedang khusuk membaca surat khabar di halaman, Jeman menegur "Assalamualaikum.Apa khabar doctor, lama tak nampak?"

 "Oh, Jeman.Saya sibuk sikit dua tiga minggu lepas.Biasalah pekerjaan macam saya ni."

 "Baca apa tu? Khusuk nampak".Jeman bertanya

 "Ni ha, baca pasal ekonomi dunia kesan jatuhnya matawang US ni.Berita berita penting macam ni bukan senang saya nak baca, time lapang hujung minggu nil lah saya tambah penegetahuan saya tentang dunia luar."Jawab aku penuh professional."Jemput lah singgah dulu, boleh minum teh"

 "Tak mengapalah doctor, saya dah lambat ni, 15 minit lagi dah nak maghrib, nanti kang tak da orang pulak nak azan dekat masjid kita tu.Saya minta diri dulu.Oh ya, doctor lama tak nampak muka kat masjid.Datanglah kalau ade kat rumah tu, Assalamualaikum." Kata Jeman sambil bergegas mengatur langkah

 JEMAN SEDAR…

 "Alhamdulillah ya Allah, walaupun kau jadikan kehidupan aku sebegini, tak pandai sejak dari kecil, sekolah pun sampai peringkat menengah sahaja, namun kau telah tetapkan hati ku di jalanMU.dengan aqal aku dan umur ku yang tidak seberapa ini ya Allah, janganlah kau jadikan aku sibuk dengan urusan duniaku.Semoga Engkau campakkan hidayah kedalam hati kawanku itu, Kau longgarkanlah ikatan dunia dari hatinya, Kau pautkanlah hatinya dengan masjidMu, dan semoga dengan aqalnya itu dapat dia gunakan dijalan keredhaan Mu ya Allah" doa hati kecil Jeman.

 DI MANA AQAL TADI?

 Walau rendah IQ nya, namun bila setiap detik fikiran itu mendekatkan diri kepada Allah, maka mulialah kedudukan mereka.Walau tinggi IQ nya, jika berjuta anjakan paradigma yang dibuat pun tetapi menjauhkan diri dari Allah, maka martabat mereka ini tiada nilai disisi Allah.


bersambung...


arifbastari wrote on Feb 9, '07
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [Fatir 28]

Thanks for sharing.
waruza wrote on Feb 9, '07
Ahlein ya arif.
tetiba rasa nak tambah plak tulisan ni...
waruza wrote on Feb 9, '07
Tahun 2050 di kampung yang sama

Jeman berjalan pulang dari kebun.Penat menebas membersihkan kebunnya itu masih ternampak di riak muka tuanya.Sudah berpuluh tahun kebun tinggalan ayahnya itu diusahakan.Kebetulan hari itu dia lalu didepan rumah seorang kawannya yang boleh dikategorikan sebagai orang yang berjaya.Belajar di luar negeri dan pulang bekerja sebagai seorang professional.Lihat saja rumahnya itu.Itulah Aku[watak diatas].

Melihat Aku yang sedang khusuk membaca surat khabar di halaman, Jeman menegur "Assalamualaikum.Apa khabar doctor, lama tak nampak?"

"Oh, Jeman.Saya sibuk sikit dua tiga minggu lepas.Biasalah pekerjaan macam saya ni."

"Baca apa tu? Khusuk nampak".Jeman bertanya

"Ni ha, baca pasal ekonomi dunia kesan jatuhnya matawang US ni.Berita berita penting macam ni bukan senang saya nak baca, time lapang hujung minggu nil lah saya tambah penegetahuan saya tentang dunia luar."Jawab aku penuh professional."Jemput lah singgah dulu, boleh minum teh"

"Tak mengapalah doctor, saya dah lambat ni, 15 minit lagi dah nak maghrib, nanti kang tak da orang pulak nak azan dekat masjid kita tu.Saya minta diri dulu.Oh ya, doctor lama tak nampak muka kat masjid.Datanglah kalau ade kat rumah tu, Assalamualaikum." Kata Jeman sambil bergegas mengatur langkah

JEMAN SEDAR…

"Alhamdulillah ya Allah, walaupun kau jadikan kehidupan aku sebegini, tak pandai sejak dari kecil, sekolah pun sampai peringkat menengah sahaja, namun kau telah tetapkan hati ku di jalanMU.dengan aqal aku dan umur ku yang tidak seberapa ini ya Allah, janganlah kau jadikan aku sibuk dengan urusan duniaku.Semoga Engkau campakkan hidayah kedalam hati kawanku itu, Kau longgarkanlah ikatan dunia dari hatinya, Kau pautkanlah hatinya dengan masjidMu, dan semoga dengan aqalnya itu dapat dia gunakan dijalan keredhaan Mu ya Allah" doa hati kecil Jeman.

DI MANA AQAL TADI?

Walau rendah IQ nya, namun bila setiap detik fikiran itu mendekatkan diri kepada Allah, maka mulialah kedudukan mereka.Walau tinggi IQ nya, jika berjuta anjakan paradigma yang dibuat pun tetapi menjauhkan diri dari Allah, maka martabat mereka ini tiada nilai disisi Allah.

[ada dalam artikel diatas selepas tambahan]
ainnurhuda wrote on Feb 13, '07
artikel yg sgt bagus dan berkesan...syukran
hrosita wrote on Aug 31, '07
Maaf, masuk tanpa diundang...artikel ni menarik... yang penting, ilmu yang berkat dan redha Allah.. bertambahnya ilmu bertambah lagi keimanan kita pada Allah... bertambah hampir kita kepadaNya dan sesama manusia (rendah diri). Insya-Allah..
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.