Blog EntryTiada saat kedua - ia mendatangi anda semuaJan 22, '07 2:53 PM
for everyone


MENGHITUNG MASA


 Masa adalah terlalu relatif untuk dikira!

Cuba melihat masa dengan ukuran paling kecil untuk kiraannya .SAAT

SAAT adalah DETIK yang tidak dapat digengam atau diikat dan akan senantiasa bergerak dengan jarak perbezaan yang sama.

Di ketika kamu ingin mengira DETIK yang baru saja SESAAT berlalu, kamu telah pun menggunakan satu SAAT yang berikutnya.Ketika kamu menyedari bahawa kamu telah menggunakan SAAT yang kedua itu untuk mengira lepasnya SAAT pertama, kamu sudah berada di SAAT ke tiga.

Mungkin biginilah cara terbaik untuk manusia menghargai MASA.senantiasa menghitung MASA! Tapi ingat masa bukan dijadikan untuk dihitung semata², semestinya ia untuk digunakan dan dimanfaatkan...

Sediakah kamu di MASA kamu tidak dapat menghitung SAAT kedua lagi? di MASA itu kamu hanya berhenti pada SAAT pertama...dan masuklah kamu selepas itu kedalam relatif MASA yang berikutnya...walaupun perbezaannya hanya SESAAT cuma, namun segalanya berubah dan kamu tidak dapat kembali lagi...

Aku yang berbaki sedikit masa,

waruza, irbid 10.05.00 a.m 22.1.07


hellmen wrote on Aug 8, '07
GOOD
waruza wrote on Aug 9, '07
lepas ni dah takde masa nak update web ni lagi...Semoga Allah mempermudahkan urusan kita setiap masa...
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design Copyright © 2005 Remi Prevost Some rights reserved.