[artikel yang dihantar ke PERMAI YahooGroup awal 2006, setahun yang lepas]

Virus
Burung Pada Jiwa Pelajar
Semoga Allah taala sentiasa memberikan kita kesihatan badan dan aqal
untuk sentiasa kita letak diri kita didalam hal yang paling bagus untuk
islam.Walaupun kelihatan semua ter"diam" dengan cuti masing²,
diharapkan walau satu kebaikan yg dilalukan adalah jauh lebih baik dari tidak
melakukan sesuatu.
Berikutan komen yg diberikan oleh syababul_jabal, ana terpanggil untuk
sama meliukkan jari sekadar untuk berkongsi biasan minda.
Sudah jelas dari berzaman lamanya, masyarakat kita , melayu atau to be
exact masyarakat malaysia kita sudah bayak berubah cara berfikir mereka, dengan
menganjak pemikiran duduk bersantai relak di kerusi kedai kopi(walaupun tak
semestinya kedai itu menjual air kopi/ serbuk kopi) kepada tahap pemikiran isu2
antarabangsa dengan ada nya lambakan media masa bertulis yg tak terbilang.Masyarakat
yg didedahkan dengan isu² tertentu yg kadang kala dimainkan oleh media seratus persen.
Namun, zaman tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja, umpama burung
sakit dihinggapi selesema burung merentas tenggara, ada yg berlalu laju
mengikuti stream yg betul tanpa sesat,ada yg letih dipertengahan jalan
dan terpaksa berhenti kerana sudah tidak mampu mengerah tenaga,ada yang
semakin laju kerana takutkan "suhu" yang tidak sesuai.ada yang
singgah di tempat istirahat kerana memikirkan perut yg kosong untuk diisi
sehingga terpaksa memisahkan diri dari kumpulan utama,semata² sikap ananiyah
yang tinggi.Ada burung2 yang peka dengan rakan2 yang sudah
kecundang,sudah ketinggalan,sudah keletihan, tapi malangnya ada juga yang
terus maju kedepan tanpa mengira arah,menuju destinasi yg menjanjikan
sejuta bonus untuk kehidupan yang perlu diteruskan.
Begitu juga mereka yang hidup mengikut arus dunia, tenggelam dalam
kepesatan hedonia, lemas dalam timbunan ringgit, buta dengan kecantikan
dunia.Walaupun laju…
Itulah kronologi perentasan yang mampu diplotkan, tetapi sudah tentu
tidak sampai ke situ sahaja.kerana apabila akhirnya dalam tidak sedar , badan2
mereka sudah mula dijangkiti virus² yg merebak dalam silence, tanpa
apa2 isyarat awal.Semestinya mereka2 yang dijangkiti akan jatuh mencium bumi
dalam masa beberapa zaman,bersama2 rakan mereka yang lain yang tidak bernasib
baik.Nah, kisah hidup yang akhirnya kita sendiri tidak tahu bagaimanakan
akhirnya dan situasinya.
Ketentuan Allah boleh datang bila2 masa.
Sekiranya burung2 yang majoriti tadi mendapat penyakit ketika
berhijrah, apa jadi dengan kawan2 mereka yang ketinggalan tadi? Jawapannya,
mereka semua itu terlepas dari jangkitan.Bagaimana pula dengan burung2 yang
sengaja berhenti kerana sekadar ingin memenuhi keinginan diri? Sudah terang
tanpa suluhan, mereka juga mungkin terselamat. Jelas ada, golongan yang
berfikir tentang diri mereka sahaja dalam msyarakat,tetapi mereka masih hidup senang
lenang,terselamat dari segala bahaya walaupun hidupnya sonsang.Mereka akan
kembali terbang mendabik dada,sehingga suatu hari nanti kepala mereka akan
ditembusi peluru,ditembak pemburu.
Bersama2 kita hayati kisah burung dan virusnya,semoga semi-bidalan
ringkas ini dapat kita reflekkan pada suasana kita pada hari umpama malam ini.
Disaat muslimin seluruh dunia berada dibawah bayangan awan hitam,ada meraba
mencari titik cahaya yang lebih terang untuk mencari arah jalan.Bergerak mereka
tanpa menghirau member disebelah yang tidak berselipar, member disebelah yang
tidak berpeta,member disebelah yang cacat,member disebelah yang patah
kakinya,member disebelah yang dipijak…tanpa sebarang rasa sensitive,tanpa
terdetik untuk menghiraukan mereka2 itu..kerana prinsip "diriku yang
utama, aku akan mendapat hidup bahagia di dunia ini,asal senang kan ku lakukan apa
saja".
Poinnya,sensitifkah kita dengan dunia luar sana
yang menjadi milik umat islam.dari pelbagai isu yang melanda dalam sedekad dua
ini,rasanya tidak perlu ana list kan
disini,yang penting haba islamifobia
yang semakin kuat membahang…Dapatkah saudara saudari merasakan bahang tersebut?
Atau masih menunggu api tersebut menyentuh kulit barulah hendak merasa
panasnya.Ingat lah ramai sahabat kita diluar sana yang berjuang untuk
memadamkan haba anti-muslim itu,mereka terpaksa bergadai nyawa, menghabiskan harta
supaya sahabat2 mereka yang lain tidak ditindas.Tapi kita, masih hidup
berkurung didalam rumah,lengkap berhawa dingin untuk menyejukkan tubuh…bagi
memastikan tidur kita lena…di hiasi dengan mimpi² indah…supaya bangunnya nanti
tidaklah merah matanya…itulah khayalan dalam kehidupan yang nyata…
Semoga Allah taala meletakkan kita didalam golongan yang
memperjuangkan Islam dan sama2 kita berdoa supaya zaman kegemilangan islam akan
bersinar kembali,walau tidak secara kilat,secara perlahan pun sudah
cukup,kerana akhirnya, cahaya2 tadi yang muncul dari segenap dunia akan
bergabung,menyinari muka bumi.Bangunlah bakal2 ulama',kalau tidak kamu yang
menyuluh kami,siapa lagi yang hendak menerangkan jalan.Seperti syair arab
menukilkan " wahai ulama² islam,kamu adalah garam kepada msyarakat,kalau
garam pun rosak,siapa yang boleh mengelokkan garam".
Akhirnya, susurilah jalan ini, umpama hijrahnya burung yang kental
tadi,terbang dan bergerak didlam kumpulan berpandukan peta sunnah dan
manhaj yang sohih, merentas awan sejuk-Biar mati asal islam tertegak tinggi
dikmuka bumi-kerana itulah sabilillah yg sebenar…
(من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله عز وجل)
Hadith
sohih bukhari, no 123
Terbanglah!
Sebelum kamu jatuh!Bangunlah! Tuntutlah ilmu, bekalkan diri dengan
perisai-kerana kita akan diseru berjuang bila² masa sahaja
·
3 februari =Kesatuan Ulama2
menuntut agar hari ini seluruh umat Islam diserata dunia, sebagaimana
ditegaskan tuntutan kepada ulama', pendakwah, penceramah di negara Islam,
termasuklah badan koperat dan persatuan-persatuan agar menjadi hari Jumaat (4
Muharram 1427, bersamaan 3 Februari 2006) dijadikan hari protes antarabangsa
terhadap penghinaan yang berulang kali dilakukan oleh penerbitan suratkhabar di
beberapa negara Eropah.
·
Apa yang kita buat pada 3
februari? Jawab sendiri
- o
Berapa movie kita tengok pada 3
februari?
- o
Berapa jam main game?
- o
Berapa jam tidur?
- o
Terdetikkah kita? Atau lebih
teruk,TAHUKAH KITA BERKENAAN ISU INI?.
Sama2
kita muhasabah diri kita.Wallahua'lam.
AzZahabi,Januari
2006 
Irbid, Jordan