
 Isnin, 20/11/06 -
Sebuah keluarga Palestin yang disokong oleh beratus-ratus penduduk yang
lain di kem pelarian Jabalia telah Berjaya menghentikan serangan udara
Israel ke atas rumah mereka selepas mereka enggan meninggalkan rumah
itu. Mereka kemudiannya membentuk satu benteng manusia di atas dan di
sekeliling rumah terbabit. Rumah tersebut adalah milik keluarga Wael
Baroud, salah seorang pemimpin Kumpulan Pejuang Popular. Keluarga
tersebut telah menerima sebuah panggilan telefon daripada jurucakap
tentera Israel yang menyuruh mereka meninggalkan rumah itu kerana
tentera udara Israel mahu memusnahkannya. Mereka kemudiannya merayu
kepada penduduk setempat supaya berkumpul di dalam, atas dan sekeliling
rumah itu untuk membentuk perisai manusia dalam usaha menghentikan
serangan Israel.
Beratus-ratus penduduk berkumpul di rumah itu termasuklah Dr.Nizar
Rayyan, salah seorang pemimpin Hamas yang mengumumkan kempen melindungi
rumah-rumah di Gaza dengan membentuk benteng pertahanan manusia.
Tentera Israel yang cuba mengebom rumah terbabit bagaimanapun dilihat
meninggalkan kawasan itu setelah penduduk berdegil dan enggan berundur.
Sejak dua hari yang lepas, tentera udara Israel dilihat telah
memusnahkan sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah di Semenanjung Gaza
beberapa minit selepas menelefon keluarga berkenaan dan meminta mereka
meninggalkan rumah masing-masing. Empat bulan yang lepas, sebuah
keluarga di Khan Younis di selatan Gaza telah mengambil langkah
membentuk perisai kemanusiaan selepas menerima panggilan telefon dari
Israel yang mahu meranapkan rumah mereka. Keengganan mereka
meninggalkan rumah itu dan bertindak demikian adalah untuk menghentikan
kekejaman Israel.
Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : affiza057" "Ya Allah kuatkan lah hati² mereka, tetapkanlah mereka "
| |
|