 Aku terjumpa iklan ni dekat YM budak sini, so kepada sesiapa yg berminat nak join tu, tidak kira student jordan atau bukan student ke, dari Malaysia ke, dari mana² ke, ye la kot² berminat, boleh contact no tersebut atau aku(hehe)... (saja tolong iklankan, tak dapat komisyen pun ni, tolong kawan) Berita baik...
Jelajah Jordan 2007 akan diadakan pada 28 Januari hingga 1 Februari 2007
selama 5 hari. Seluruh lokasi-lokasi menarik di Jordan bakal
dikunjungi.. Kutiplah pengalaman menarik di Jordan dengan menyertai
penjelajahan ini.. Mesti best ! dan tambahkan thaqafah anda..

Hari Pertama : Kota Batuan Volcanic ke Lembah Ajloun
Penjelajahan hari pertama melihat
kesan tinggalan kerajaan Greco-Roman di Umm Qays dengan pemandangan
Tasik Tabari dan Golan Heights. Kehebatan Kota Rom terlengkap di luar
Itali di Jerash, Kota Kawalan Kerajaan Islam Qala'ah Ar-Rabad yang
pernah menjadi kubu pertahanan ketika Perang Salib. Menziarahi Makam
Sahabat Abi Darda' di Shum as-Shunnaq.
Hari Kedua : 7 bukit Amman menuju Sahara' Jordan
Ziarah Istana Kerajaan Umawiyah dan
Abbasiyah di Padang Pasir Jordan. Kehebatan lukisan silam di Qasr Amra.
Istana binaan Al-Walid II di Qasr Harrana. Kesan tinggalan Ashabul
Kahfi menceritakan kebenaran kisah Al-Quran. Menjelajah ke kota utama
pemerintahan kerajaan Rom di Jabal Qala'ah. Melawat Muzium Negara
Jordan dan Muzium Kereta di-Raja Jordan.
Hari Ketiga : Rift Valley menuju bumi Muabiyyah
Ziarah Makam Nabi Syuaib a.s. di
Wadi Syuaib.. menuruni dataran tinggi menujui lokasi terendah di dunia
iaitu Laut Mati. Mendaki Dataran Shihan menuju bumi Muabiyyah Karak.
Ziarah Makam Nabi Nuh a.s. dan Kota Sallehuddin al-Ayubi di Karak.
Hari Keempat : Medan Ma'rakah Mu'tah ke bumi Kaum Tsamud
Ziarah Kawasan Peperangan Mu'tah dan
Makam-makam Shuhada' Mu'tah - Zaid bin Harithah, Jaafar at-Tayyar dan
Abdullah ar-Rawahah. Menuruni lembah al-Hisa munuju Mata Air Nabi Musa
a.s. di Wadi Musa. Pengembaraan menarik menjelajah Kota Petra, kota
tinggalan kaum Tsamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s.
Hari Kelima : Tanah Hijjaz Aqabah dan Keindahan Wadi Rum
Ziarah kota terpenting sejarah
penubuhan negara Jordan iaitu Kota Aqaba. Melihat kesan tinggalan
Perangan Dunia I dengan menaiki Glass Boat di Laut Aqaba. Pengembaraan
menarik meneroka Wadi Rum dengan keindahan sunset di akhir perjalanan.
(Istimewa: Shopping untuk para akhawat di bandar Aqaba o.O")
Harga Pakej : USD 135 sahaja
Pakej termasuk :-
> Bas yang selesa
> Hotel di Amman, Karak dan Aqaba
> Breakfast, Lunch & Dinner sepanjang perjalanan (15 kali)
> Tiket masuk ke seluruh lokasi lawatan (Umm Qays, Jerash, Ajloun,
Philadelphia, Muzium Kereta di-Raja, Laut Mati, Qala'ah Karak, Petra,
Wadi Rum's Centre)
> Bayaran 4WD Wadi Rum & Glass Boat Aqaba
> Jordan Guidebook
(Pendek kata, semuanya ditanggung bereh !! ^_^
Pendaftaran dan Maklumat Lanjut
Mu'tah : Hazimin Sulaiman (+962 77 724 9224)
: Ct Mursyidah (+962 77 785 5230)
: Ct Salma (+962 79 692 1321)
Amman : Zaid Anuar (+962 77 718 4339)
Irbid : Senior Amin Tunai (+962 77 724 6359)
: Senior Safiyah Ismail (+962 79 6864528)
Mafraq : Akmal (+962 77 731 1429)
: Ct Mursyidah & Ct Salma
*Borang Pendaftaran boleh didapati melalui wakil-wakil di atas
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Hazimin atau Zaid melalui
talian atau emel : Habbanakah@yahoo.co.uk (Gmen) atau
april16_lurve@yahoo.com (Zaid).
| |
|